Terima Kasih Madagascar

19 11 2008
kredit ke reoro.com

Gambar: kredit ke reoro.com

Aku baru pulang ke rumah setelah menonton filem animasi Madagascar: Escape 2 Africa. Kepada yang sedia maklum aku memang peminat kartun dan juga animasi. Dari kecil hingga aku dewasa. Kebetulan pulak tempat yang aku kerja sekarang ni pun, ada berkaitan dengan production animasi.

Jadi bila tinggal sebumbung dengan syarikat produksi animasi ni membuat aku lebih memahami bagaimana sesuatu kartun animasi (khususnya 3D) dihasilkan. Jadi istilah skrip, storyboard, modeller, rendering, character, lighting dan macam-macam lagi aku dah biasa dengar di sini.

Seronok juga bila kita tau bagaimana di belakang tabir sesuatu animasi dihasilkan. Walaupun cuma merupakan syarikat yang tidak ternama. Tak seperti Les Copaque (Last Kopek) yang menghasilkan Upin dan Ipin. Kalau aku tanya aku yakin satu Malaysia tau.

Sebenarnya dulu ketika kecil, aku pernah bercita-cita nak jadi kartunis. Idola aku ketika itu adalah kartunis Ujang. Yang terkenal dengan kartun Aku Budak Minang. Ketika aku dalam darjah 3 hingga 6, aku melukis kartun dalam buku 555 (tiga lima) hingga beberapa siri. Kemudian aku jual pada kawan-kawan aku. Untung tak? Aku beli buku tu harga 20 sen, dah siap lukis aku jual harga 50 sen. Tapi tak banyak pun. Aku cuma lukis dalam 3-4 buku je seingat aku lah.

Tapi bakat aku dalam arena kartun ni tak lama sebab ketika tu, orang tak pandang sangat kerja kartunis ni. Takda masa depan kot. Bidang animasi kat Malaysia pun macam ada takda je. Kartun yang ada masa tu pun cuma dari Filem Negara je. Jadi bakat aku tu pun takda lah pernah diasah. Mati macam tu je bila aku dah masuk sekolah menengah. Kalau lah ada kesedaran waktu tu kan, agaknya mungkin aku dah jadi macam Akira Toriyama ke. (perasan)

Berbalik kepada Madagascar. Filem yang menghiburkan lah jugak pada aku. Walaupun aku lebih sukakan kualiti daripada Pixar Animation. Dreamwork pun best jugak, cuma entah aku lebih sukakan animasi Pixar seperti Finding Nemo, A Bug’s Life dan juga WALL-E. Bila menonton animasi, aku lebih suka menghayati nilai-nilai kekeluargaan, moral dan jugak cinta dalam cerita tersebut. Jangan terkejut kalau menonton filem kartun pun aku boleh menitiskan airmata tau. Sebab tu aku suka Pingu. Banyak nilai kekeluargaan.

Jadi malam ni, aku gembira dan senang hati kerana filemnya tidak menghampakan aku. Terima Kasih kepada Rina Budiyanti kerana menemani aku dan terima kasih kepada Madagascar kerana menggembirakan aku.

p.s: Tunggu Ice Age 3 pulak, walaupun bukan dari Pixar dan Dreamwork. Tengok trailer macam kelakar gila.


Actions

Information

10 responses

20 11 2008
kek_lapis

tgok movie x ajak pun erk..

20 11 2008
duakupang

Lambat lah. Nak kena book flight dulu nanti😀

20 11 2008
kechik

wooh… katun.. i luvv…. also cant wait for another ice age.

20 11 2008
duakupang

Yang mana aku tak sempat tengok, semuanya aku download. Oh tidakkk… Berdosanya aku menyokong lanun. Tapi sebenarnya abang aku yang donload, aku tumpang tengok je. Hehe

20 11 2008
ISIS

Im going to watch it this Saturday Midnite sambil geli2 boleh tgk movie..hahaha…nak join geli2 tak..ekekeke..

Aku pun suka cerita animasi..and i love pixar to..finding nemo, toy story, monster inc..

Eh coming ada satu animasi..pasal monyet. Apa tajuk dia..emm…Space Chimps..mcm lawak jugak cerita dia..

20 11 2008
rina

huh, namo full tu bang oit…

21 11 2008
duakupang

@Isis – Space Chimps namanya, tapi macam tak menarik perhatian aku je

@rina – Namo ekau sodap. Bangga la dengan nama sendiri kan

21 11 2008
cute Panda

Tak tau lak ko tinggal sebumbung ngan syt animasi? ko dah pindah ker?
akhir tahun ni banyak lagi movie kartun best…

21 11 2008
duakupang

Masih lagi dengan company yang sama. Cuma sekarang sudah maju dengan latihan untuk animasi pulak. Tak main la layan welding atau enjin kereta je. Hahahaha

24 11 2008
rina

unik sgt..sume org xtau la…abih glemer jap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: