Aku Panik Kejap

19 11 2008

Ini cerita semalam. Cerita malam tadi. Aku tengah syok baring atas katil sambil surfing Internet. Tiba-tiba abang aku mencelah.

Kereta kamu ada parking kat mana?”

“Ada le parking kat tempat biasa”

“Eh, mana ada tadi, tak nampak pun”

“Betui ke takda ni?”

“Iye, tadi masa lalu nak parking kereta takda pun nampak kereta kamu”

Aku dah jadi tak sedap hati. Ah, takkan lah kereta aku hilang kena curi tak sampai pun setengah jam. Maka aku yang panik pun terus pakai seluar dan baju, ambik kunci kereta terus turun ke basement. Nak tengok kalau-kalau kereta aku masih ada atau tidak.

Sampai kat basement, aku tengok kereta aku masih lagi selamat berada di tempat asalnya. Tak berubah kedudukan pun. Alhamdulillah. Lega aku.

Aku pun naik semula ke atas

“Tu ada keretanya, apa ke hei takde pulok?”

“Aik? Pelik ni….”

“Tadi masa abang call masa tu abang kat mana?”

“Masa tu ada kat basement le”

“Ek eleh hai, masa tu orang ada kat OU laaa, belum sampai rumah lagi la”

“La, ye ke? Ishhhh…”

Abang aku tersilap rupanya. Sebab selalunya aku yang pulang ke rumah dulu sebelum dia. Tapi semalam dia call aku ajak makan dengan anggapan aku dah sampai ke rumah dulu. Padahal aku belum sampai lagi dan aku dah makan malam pun masa tu.

Hai, nasib baik la abang aku. Buat lawak malam-malam. Terus aku tak mengantuk nak tidur. Hampeh


Actions

Information

14 responses

19 11 2008
Joy

huhuhuhu.. kalo aku pon leh jadi panic terus menerus.. kusss semangat.. ekekkee

19 11 2008
kek_lapis

“Maka aku yang panik pun terus pakai seluar dan baju”…hehehe..ms atas katil tak pakai baju & seluar erk…adoi2…larikkkkkkkkkk….

tp kan jeno..sape2 pn mesti panik nye..

19 11 2008
rina

hahah. nasib xnangih.. tu ler kamu yob, xtyo abih2…

19 11 2008
duakupang

@ Joy – Jantung I dah luruh dah, nasib baik bila turun kereta masih selamat

@kek_lapis – Aku tak pakai baju & hanya pakai boxer je. Takkan la nak turun bawah pakai boxer je. Segan le. Kat sini ramai student perempuan duduk. Sexy sangat nanti bahaya

@rina – Abang aku tu memang macam tu. Bak kata orang Minang “buek den tasirok darah di dado yo”. Haha! Nasib baik muka hensem

19 11 2008
sifadi

wakaka..
aku pun terpk sama cam kek l gak td..
wakaka..

err..nebes wei klu jd cmtu..
w/pun akux de kete… ekeke

19 11 2008
kechik

haaa… paniccc.. paniccc…. aku sebagai president bat mobile.. turut panik baca entry ni.. hee!

19 11 2008
duakupang

@sifadi – Semua orang nebes kalau barang hilang

@kechik – Puan President, aku kat sini dah ada join kelab bat mobile. Ajak la hubby ko join sama. Tapi… dia macam selalu takde kat Tanah Malaya je. Hahaha

19 11 2008
Aida

This kind of lawak takpe.. kalau kena macam saya lagi tak best.. keluar dari klinik, tengok kereta dah takde..rupanya ditunda oleh DBKL. Hoh!

19 11 2008
duakupang

Aida,

Bukan lawak sebenarnya. Tapi kalau la betul berlaku, memang nak kena gigit abang saya tu. Dia dah siap makan kenyang kat bawah, naik atas rumah baru nak bagitau kereta dah takde.
Patutnya waktu dia perasan (kununnya) hilang tu, telefon lah saya kan… ni tidak. Hahaha

20 11 2008
kechik

abang ko reflek lambat la.. carbs dah penuh. teehee!

die treasurer kelab kite la babe.. tapi sebab die selalu takde.. aku dah revoke position die. any bidders? heehe!

20 11 2008
duakupang

Tu la, abang aku ni makin tua makin slow pulak aku tengok. Haha!

20 11 2008
Mohd Mazri Md Yassin

ape susah sangat honda city 2009 bakal keluar…cantikkk uiiii

21 11 2008
duakupang

Memang lah cantik. Depan tiru Honda Accord’08, belakang tiru BMW 3 Series. Lain kali keluar lah design yang orang tak cam. Tapi sebab Honda kan :p

22 11 2008
Mohd Mazri Md Yassin (matjerry)

macam tulah comment orang yang dah ader vios..kannn fullspec pulak..ermmm Wira aku jugak lah yang jadik peneman setia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: