Pengakuan Tak Berani Mati

12 11 2008
Bekas telur kah ini?

Bekas telur kah ini?

Sengaja aku menulis tajuk yang sebegini sekadar untuk memanggil perhatian.đŸ˜€

Tak ada kaitan apa pun tentang sebarang pengakuan yang aku nak buat. Cuma yang aku nak katakan ialah aku telah menghidu gam.

Ya. Gam Dunlop yang berbau amat memeningkan kepala aku. Bercampur pula dengan pewangi Air Wick aku ni. Maka hasil yang terjadi amat memualkan. Rasa nak terkeluar isi perut pun ada.

Bayangkan aku makan chewing gum pun terasa bau gam tersebut ke dalam mulut aku disebabkan wap gam yang telah tersebar ke bilik aku.

Puncanya, adalah kerana di sebelah bilik aku ni ada orang sedang memasang soundproofing untuk studio voice over. Alah kan kalau kat studio kebiasaannya orang akan tampal bekas telur supaya dapat kurangkan bunyi dan gema.

Tapi di sini tak lah ditampal bekas telur, cuma yang digunakan adalah bahan seperti span atau foam. Aku pun tak pasti apa namanya. Studio voice over ini akan digunakan untuk tujuan rakaman alih-suara siri animasi.

Sebut pulak tentang alih-suara ni, memang ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. Walaupun tak di bayar, tapi aku rela demi untuk mendapatkan pengalaman. Biarpun aku pernah menyumbang suara untuk watak extra, tapi pengalaman yang dialami memang menghiburkan.

Kadang-kadang suara aku bunyi macam Nobita pun ada. Memang kelakar. Dari sini aku dapat mengkaji macam mana nak menghayati watak (walaupun extra tapi dialog kena betul tau). Cuma bezanya di sini aku tak berlakon lah. Berdiri macam tunggul kayu pun suara masih lagi boleh pakai kan.

Buat masa ni studio rakaman alih-suara ni masih lagi under construction. Kalau dah siap nanti mungkin projek seterusnya akan dirakamkan di sini. Berurusan dengan syarikat animasi yang mengadakan kerjasama dengan company aku ni memang best. Cuma kartun animasi yang dihasilkan tidak lah meluas di tayangkan di TV, cuma di RTM 2 sahaja. Tambah pula, animasi yang dihasilkan tidak lah terkenal seperti Upin dan Ipin.

Tapi pada aku sekurang-kurangnya syarikat ini adalah antara Bumiputera yang berjaya menghasilkan animasi antara yang terbaik. Pernah bekerjasama dengan Afdlin Shauki dan Aziz M. Osman. Kesan khas dalam filem Bilut, Qaisy & Laila, serta bermacam lagi iklan pernah dibuat. Nak tengok lebih lagi? Tunggu lah kemunculan Kelip-kelip arahan Mamat Khalid. Dengar kata Datuk Siti Nurhaliza akan menyumbangkan suara beliau.

Setakat ni sepanjang pengetahuan aku tak banyak filem animasi 3D yang ada di Malaysia ni. Lagipun industri animasi Malaysia masih belum berkembang pesat lagi. Masih banyak lagi peluang yang masih belum diteroka. Mujur company aku tidak terlepas pandang tentang perkara ini dan lantas merebut peluang untuk bekerjasama dalam latihan kemahiran untuk Animator atau dalam istilah di sini dipanggil sebagai Juruanimasi dan Artis Digital. Fuh!

Ingin tahu lebih lanjut boleh lah menghubungi Encik Zafiq untuk pertanyaan lanjut. Ataupun klik ke laman beliau untuk melihat artwork beliau. Terima Kasih aku bagi iklan percuma kali ni.

Cukup sudah merapu.

p.s: kad raya yang aku tepek di blog ni adalah hasil kerja beliau jugak


Actions

Information

12 responses

12 11 2008
kek_lapis

wah..walaupun kamu kayu..tp suara mu bermutu…hehehehe

12 11 2008
duakupang

Kalau suara aku bermutu, mesti aku dah jadi watak utama.
Tapi siri animasi kanak-kanak je. Haha!
Kalau kelip-kelip tu mahu lah aku bergandingan dengan Datuk CT. Haha!

12 11 2008
kek_lapis

semestinye kamu ni kanak-kanak riang kan?wah…suke..ekekekek

12 11 2008
duakupang

Bukan, aku adalah orang tua riangđŸ˜€

12 11 2008
kek_lapis

owh..kamu adalahorg tua riang erk..sungguh riang sekali kamu

12 11 2008
rina

sore sy cm budak2, boleh x pakai..kikikki

12 11 2008
duakupang

Boleh sekiranya berminat. Cuba la datang dulu untuk sesi ujibakat (audition)
Bayaran biasanya boleh tahan jugak. Aku dah lupa berapa.
Tapi sebenarnya nampak macam senang, nak bercakap guna intonasi tu yang susah.
Last-last karang banyak gelak je. Hehehe!

13 11 2008
sifadi

wah2..kt sini pun diorg bercanda… ekeke..

yer ke ct nk sumbang sore tu..? hiks..

13 11 2008
duakupang

Mengikut akhbar yang aku baca lah
Kan KRU ada offer CT untuk berlakon tapi dia tak mau
Tapi bila Mamat Khalid offer untuk sumbang suara dalam animasi Kelip-kelip dia mau pulak

14 11 2008
rina

gedik ar tu… mesti dk xde nk bg die duit..hahaha

14 11 2008
duakupang

Habis duit dah beli BMW kot. Hehehe!
Gosip pagi Jumaat

11 01 2010
lesungpipit

salam..camne nak jadi ANIMATOR?
berminat nak ikuti latihan jika ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: