Trip to Venice

13 10 2008

Kelmarin (11/10/2008) aku berkesempatan untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan Little Miss Kechik. Beliau antara teman aku ketika aku belajar di universiti dulu. Majlis yang dilangsungkan terletak di rumah beliau iaitu di Persiaran Venice, Manjung. Kawan aku cakap kawasan rumah tu untuk orang-orang elit je.

Tapi dalam perjalanan aku nak ke rumah pengantin (rumah pengantin ok, bukan rumah mak bapak pengantin) nak mencari Venice (Venice konon!) punya lah susah. Nasib baik lah aku tersesat ke arah yang betul. Nak diikutkan GPS aku (Geng Pemandu Sebelah) memang tak boleh diharap. Nama je kahwin dengan orang Manjung tapi jalan ke situ pun tak mahir.

“Macam mana ni Yop? betui ke idak jalan kita ni?”

“Tu le. Aku tengah pikior le ni. Aku selalu jalan sini pun, bini aku je yang biasa jadi drebar”

“Tu le, bini jadi drebar mike meroloh je tau!”

“Heheheheee..”

Apa punya suami lah. Nasib baik la kawan baik aku, kalau tak, mau je aku cakap baik aku bawak bini engkau daripada aku bawak engkau. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam dari kampung aku untuk sampai ke Lumut, dalam cuaca yang panas membuatkan aku sedikit bengang. Tapi akhirnya sampai jugak setelah puas membelek peta yang tertera pada kad jemputan.

Walaupun lambat, Little Miss Kechik menyambut aku dengan senyum lebar. Amboi.. pengantin baru senyum selalu lah ya. Aku salam bapak pengantin, sembang lebih kurang sikit, terus tuju ke tempat makanan untuk makan. Tak sangka pulak abahnya masih kenal lagi aku.

Aku lapar, tiba di rumah pengantin pukul 2.45 petang. Mujur dah sarapan nasi goreng di rumah sebelum bertolak. Sambil sambil makan tu ternampak lah jugak beberapa orang kawan kawan lama yang aku tak sempat nak tegur. Semuanya perempuan. Ada yang dah bersuami, ada yang dah dukung baby. Aku cuma mampu angkat kening je dari jauh. Nak salam salam, aku tengah makan pulak. Nak ajak borak nanti, takut kena jeling dengan suami-suami mereka. Heh

Selesai makan, masa untuk berangkat. Pengantin sibuk bergambar dengan hadirin. Aku pun tak lepas peluang untuk bergambar sama. Orang kahwin sekali je kan. Kena lah rebut peluang. Tak pun ambik tempias pun jadi lah.

Little Miss Kechik & Caveman

Aku, Little Miss Kechik & Caveman

Balik dari kenduri, aku dan GPS cuba pusing pusing bandar Lumut. Dikatakan bandar Lumut dah berubah wajah. Sampai sahaja di Lumut, memang aku kagum kerana memang dah berubah wajah daripada kali terakhir yang aku datang kira-kira 5-6 tahun lepas. Cantik sekali dengan lanskap yang indah, hiasan taman yang menarik. Tak macam tempat aku walaupun namanya bandar di-raja. Pada pendapat aku sesuai lah Lumut dengan status sebagai pintu gerbang untuk ke Pulau Pangkor.

Daripada Lumut, aku pun bergerak untuk pulang. Dalam perjalanan mengikut jalan yang lain, aku lalu semula ke pintu masuk ke Persiaran Venice tadi.

“Eh yop, ni kan ke hala kita nak ke rumah pengantin tadi?”

“Ha’ah le, baru aku teringat aku ada kawan duk kat sini. Haritu teman masuk lalu ikut sini le”

“Tengkorak mike, tadi ngape tak kabor? Nyusahkan aku je”

“Hehehehee…”

Tak jauh dari Persiaran Venice, terletaknya Taman Paya Bakau. Dah lama sebenarnya kewujudan tentang Taman Paya Bakau ni, baru kini aku berpeluang untuk melawat. Selalu tu aku lalu je, tak pernah nak singgah pun.

Yang aku perhatikan taman ni hanya dijadikan tempat sebagai port untuk orang berdating je. Naik rimas aku tengok. Jalan je sikit ada je yang duduk berkepit, jalan depan lagi ada yang berkepit. Aku tau lah tempat ni redup, cantik dan kaya dengan khazanah semulajadi. Patut lah beruk dan kera kat situ semakin berkurangan. Agaknya sebab menyampah tengok gelagat pengunjung yang asyik berkepit je.

Habis sampai ke hujung platform aku jalan bersama-sama dengan GPS aku. Sempatlah ambil 2-3 snap lepas tu kami pun cabut untuk pulang.

Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau

Platform Jalan jalan

Platform Jalan jalan

Pokok Paya Bakau berselerakan

Pokok Paya Bakau berselerakan

GPS and victory sign

GPS and victory sign

Akhir kata, aku mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Little Miss Kechik. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat ya. Kenduri kahwin aku nanti kalau engkau tak datang siap lah!🙂


Actions

Information

17 responses

13 10 2008
chomy

ehe..tahniah2 buat perantin

tmn paya bakau tu kt dalam tu ada restoran tak? sbb mcm penah tgk lam jln2 cr mkn..ehe

13 10 2008
duakupang

Ucap tahniah kat blog dia lah. Ahaha! Apa ucap kat sini. Aku belum jadi pengantin lagi
Restoran? takda lah dalam tu. Yang ada cuma platform sampai ke hujung muara sungai. Mungkin untuk future development ada lah

13 10 2008
chomy

hahaha…kamu la tlg ckp kt die wakakakakka

13 10 2008
duakupang

singgah je blog dia, say hai & ucap selamat…
apa susah?

aku pasti dia pun akan terharu jugak

13 10 2008
Joyah Jongos

Zyno senyum lebo cam tak sabo nak kawen.. muahahhaaaaaaa.. kataku gelak beso2.. ekekekkekee

13 10 2008
chomy

oke2…chom pergi cr blog die skg ekekekek..

13 10 2008
duakupang

Aku senyum lebo ada makna tuuu….

13 10 2008
kechik

fakta penting antara LMK’s wedding&zeno :
1.zeno senyum lebo dr awal sampai abis wedding.sebab die tau aku tersiksa di bawah matahari kul 3 tu
2.abah aku ingat die lagi sebab mama aku kata die ensem.xtau la tu tanda jeles,or my dad thinks so too
3.being a camwhore,i cant believe he brought only his handphone
4.aku senyum lebo cos i know he’d never miss my big day.
5.aku kna blog ke psal guest2 aku?

13 10 2008
duakupang

Ate nak buat macam mana, aku kelam kabat nunggu kawan aku sampai kamera pun terlupa.
Bawak je ke kuala lepas tu tinggal kat rumah.
Budak2 laki lain sapa lagi yang datang haa? aku tak nampak pun atau sebab aku sampei lambat
Nak blog pasal guest? Aik pengantin masih lagi sempat berblog ke? Ahahaha!

14 10 2008
cute Panda

mike kate nok ngajok teman? pash2 tingge teman di ipoh….

14 10 2008
kechik

sempat john… cuti lamaa kannn… besides.. he’s back to kl.. hahahah!ada yang datang lagi lambat dari ngko pun ada beb.. aku maintain dengan makeup&baju&munge atas pala until 7. hee!

14 10 2008
duakupang

Alamak, sori le encik Panda. Teman kelam kabut nak cepat sebab terlambat pasal ada kematian. Tak dan nak singgah Ipoh. Very very sorry lah

15 10 2008
dona

zeno, lawa nya kawan awak! congrats!

15 10 2008
duakupang

Ye, aku kawan dengan orang lawa je😀

21 10 2008
dona

nasib baek saya lawa

7 11 2008
Tasha

lawa lawa..
bju diorg pn cantik gk…
suci je nmpk

18 11 2016
paya indah wetlands

It’s not my first time to go to see this web site, i am visiting this site dailly and get nice facts from here everyday.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: