Ex-Housemate

30 09 2008

Kelmarin aku meluangkan masa berbuka puasa bersama teman lama aku. Bekas rakan serumah ketika aku bertugas di Seremban pada tahun 2004 – 2005. Hampir 2 tahun lebih aku tak berjumpa dengan beliau sehingga lah beliau bertukar untuk bertugas di Perak.

Namun baru-baru ini aku sering singgah ke blog beliau, bersembang-sembang di kotak chat sambil mengorek perkembangan terkini beliau. Beliau menggunakan nick Panda dalam blog beliau. Aku pun tak pasti kenapa nama Panda dipilih. Adakah disebabkan haiwan kegemarannya adalah beruang Panda, atau pun ingin menyamakan haiwan yang hampir pupus itu bersamaan dengan dirinya iaitu Lelaki Melayu Terakhir yang hampir juga diancam kepupusan🙂 .

Setelah tiba di rumah aku, kami berborak dan bersahur bersama lebih kurang pukul 4.30 pagi. Banyak perkara disembangkan, dari hal kerja, perkembangan terkini hingga lah kepada memori daun pisang ketika kami tinggal serumah di Seremban dahulu. Tak banyak yang berubah, kedua-dua kami masih lagi berada di alam bujang. Cuma bezanya umur masing-masing yang semakin meningkat. Tapi aku lagi muda dari dia lah.

Tiba malam hari, beliau menemani aku untuk membeli belah sempena Hari Raya yang bakal tiba. Beliau sudah siap membeli belah, tinggal hanya aku seorang je yang belum membuat persiapan apa apa. Tiada baju baru untuk Hari Raya. Pakai je yang lepas bagi menjimatkan wang kan?

Ramai orang berpusu-pusu ber ‘shopping‘ sakan. Yang datang dengan abah dan mak, yang datang dengan awek pun ada. Pelbagai manusia dan ragam dapat aku lihat. Semuanya gara-gara Raya Mania. Bukankah sepatutnya nilai Ramadhan itu yang patut kita renung bersama. Cuma Aidilfitri itu adalah sambutan kita terhadap ‘kejayaaan’. Bukan hanya kejayaan menunaikan ibadah puasa, tetapi pelbagai lagi ang kalau kita fikir sedalam-dalam nya, kita akan nampak.

OK berbalik kepada cerita shopping. Aku cuma lah membeli 2 helai kemeja untuk pakaian pejabat sahaja bersama 2 pasang seluar boxers. Teringin juga nak membeli T-shirt dan juga seluar jeans, tapi apakan daya, orang yang terlalu ramai membuatkan aku rimas, dan aku hanya mahu pulang secepat yang mungkin.

Balik kemudiannya kami bercadang nak makan sushi. Sebab? Gara-gara nafsu di bulan puasa. Semuanya kerana menonton Chibi Maruko Chan versi drama. Ketika tu ada adegan mereka sedang makan sushi lantas aku dan teman aku tadi terus terliur. Dah lama tak makan sushi agaknya.

Mujur lah waktu ketika lalu di Sakae Sushi, kedai tu sudah hampir mahu menutup operasi dan enggan menerima sebarang pelanggan. Selamat duit kami kan. Setelah berfikir, kami cuma singgah di Friendster Cafe untuk minum sahaja. Selesai minum dan pulang ke rumah, masanya untuk melabuhkan kepala di bantal untuk melelapkan mata sambil menanti waktu untuk bersahur pada keesokan harinya.

Pagi, sampailah waktu untuk kami meneruskan perjalanan masing-masing. Beliau mahu terus pulang ke kampung halaman dan aku perlu meneruskan kerja di pejabat. Tuntutan hidup lah katakan. Orang lain dah pulang mahu menyambut Hari Raya, aku masih lagi keseorangan di pejabat.

Terima Kasih atas kesudian untuk mampir ke rumah aku yang tak seberapa itu. InsyaAllah akan aku berikan hospitaliti yang terbaik di kemudian hari. Tak kira lah kepada sesiapa pun, walaupun mahu singgah di rumah aku, aku akan layan sebaik yang mungkin ya.

Aku, Syed dan Ayam Tak Best

Aku, Syed dan Ayam Hampeh @ Friendster


Actions

Information

2 responses

13 10 2008
Mohd Mazri MdYassin (MatJerrY)

ermmm.. semacam pasangan yang ideal..pandai engko orang pilih baju nak keluar makan. Eksekutif style. Biasalah kan Kl Style hehehe..Yang penting tu Mat rompin tu makin hensem.. nak jugak jumper dia..tapi tak kesampaian lagi. hope i will met him soon.. banyak rahsia nak cerita ngan dia.. oooppppsss ..

13 10 2008
duakupang

Engkau ada rahsia apanya lagi? kalau setakat nak mintak rahsia mencari anak anak ikan, baik tak payah. Ahahaha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: