Band Of Felis Catus

16 09 2008

Rumah aku di kampung sememangnya tidak pernah lekang daripada kucing. Bermula dari rumah aku yang lama sehingga lah 3 kali aku berpindah rumah, kucing peliharaan akan tetap sentiasa ada menjadi peneman.

Dari pelbagai spesis kucing dengan pelbagai nama, kucing di rumah aku bersilih ganti. Ada yang hilang tak pulang ke rumah dan juga mati akibat kemalangan. Paling lama kucing aku hilang adalah selama sebulan dan kembali ke rumah (ke mana lah agaknya merantau?). Yang tak pernahnya adalah disebabkan mati sakit. Mati sakit tua tu ada lah. Paling lama keluarga aku memelihara seekor kucing adalah selama 13 tahun. Panjang betul hayatnya bagi seekor kucing yang normal. Akhirnya kucing tu mati sakit tua akibat kesunyian. (kisah benar ok). Aku masih lagi ingat namanya iaitu Pon a.k.a Pak Tua.

Jadi, kediaman aku yang terkini ni, sekarang hanya tinggal 8 ekor kucing sahaja yang pada asalnya ada 12 ekor. 8 ekor ni lah yang jadi peneman abah aku. Untuk makluman, abah aku je yang jaga dan suka kucing kucing ni. Aku suka buat main je. Aida Kamsuri pun pernah kata kucing suka dan senang dengan aku. (Ah! rindu pula kat Chomel)

Generasi pertama kucing yang masih ada

Generasi kedua kucing yang masih ada

Ada orang mengatakan memelihara kucing rezeki jadi murah. Tapi sesungguhnya kerana rezeki tu datangnya daripada Allah s.w.t. Bukan hanya kerana kita memelihara kucing saja. Pendapat aku, sekiranya kita menyayangi dan mengasihani semua makhluk ciptaan Tuhan, nescaya kita akan memperolehi kasih sayang yang setimpal jua.

Kalau takkan lah sehinggakan kucing yang sedang tidur atas serban Nabi Muhammad s.a.w pun tidak diganggu baginda, malah baginda pula memotong kain serbannya itu. Tambahan lagi ada perawi hadis diberikan gelaran Abu Hurairah r.a yang bermaksud Bapa Kucing.

Hebat kan kucing?


Actions

Information

14 responses

16 09 2008
Aida

Comel dah takde, entah sihat entah tak.
Dulu saya dgn Along saya ada kuceng kembar nama Haina dan Haini, tapi dua-dua mati kena langgar kereta.

16 09 2008
duakupang

Kesiannya… Saya sedih kalau kucing dilanggar kereta. Tapi setakat ni kucing-kucing saya yang dilanggar kereta semua mati berkeadaan baik.

Takde lah sampai hancur kena gilis. Cuma patah & internal injury la. Selalunya abah yang akan tanamkan. Saya tak sampai hati.

Saya pun ada jugak kucing kembar, nama Charlie & Angel. Dua2 dah hilang tak pulang ke rumah

16 09 2008
Aida

Kau ni cememeh la Nonoi, kuat nanges.

16 09 2008
duakupang

Yang pergi tu pasti lah sedih. Saya jenis cepat kesian & lembut hati.

16 09 2008
chom

dh lama tak pelihara kucing betol2…sejak kematian kucing yg bernama siputih…huhu…putih meninggal lepas arwah ayah meninggal…mungkin terrindu pada arwah ayah chom..

beberapa hari belum ayah nk meninggal pon die asyik meow2 n asyik mengekor ayah kemana ayah pergi..seperti dpt merasa die akan kehilangan pemeliharanya..

16 09 2008
duakupang

Yang ini saya percaya. Sebab pernah terjadi. Walaupun bukan rindu pada manusia.

Sebab Pon (kucing tua tu) mati sebab rindu kucing yang bernama Panjang. Panjang mati kena langgar kereta.

Seminggu dia mencari Panjang sambil mengiau. Tak lama lepas tu kucing tu pun mati.

16 09 2008
al

i linked you

16 09 2008
chom

kucing punya naluri! ;D

16 09 2008
duakupang

Terima Kasih Cik Alina Amin! Turun JB nanti i belanja kacang pool ok

16 09 2008
al

ok, i bawak kat hot spot utk kacang pol

16 09 2008
duakupang

Kat mana pulak? yang di Bomba tu aku dah pernah makan. Best jugak!

17 09 2008
kechik

i hate cats. in fact.. i hate pets. hee. u can have alllll abah’s cats

17 09 2008
duakupang

Aku tau abah ko suka kucing. Abah aku pun sama. Kenapa lah dengan abah abah kita ni kan?

Harap harap bila aku jadi abah nanti, aku tak pelihara kucing. Ahahaha!

17 09 2008
miss shrek

kucing….suka tp alergic…cuma tak suka ngan bau sisa kumbahan nyer jer….
kucing ni kan sahabat nabi…ingat dulu ustaz ada kata…buat baik dgn kucing sbb kucing ni doa nyer mudah dimakbulkan Allah….wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: