Tagged? Apa kes?

15 09 2008

I’ve been tagged by Little Miss Kechik
________________________________
The rules:
Link to your tagger and post these rules on your blog.
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
Tag 7 people at the end of your post by la eaving their names as well as links to their blogs.
Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
…………………………………………………………..
Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

1. Penggemar air kacang soya. Dari kecil, dulu, kini dan selamanya. Tapi bak kata teman-teman ku, air ni tak boleh diamalkan minum selalu atas sebab-sebab kesihatan.

2. Aku seorang yang tak banyak bercakap. Hanya bercakap bila perlu sahaja dan perkara-perkara yang penting sahaja. Kalau orang yang baru kenal aku selalunya mengatakan aku seorang pemalu dan sombong. Tapi maklum lah baru kenal, aku pun tak tau apa yang nak dicakapkan. Kan? kan?

3. 3 kali cheating death dalam hidup aku. Pertamanya aku lahir tak cukup bulan. Aku dilahirkan ketika berada dalam 8 bulan kandungan. Gelojohnya aku nak tengok dunia kan? Kedua, jatuh dari rumah kampung (atas) ke bawah tanah ketika umur aku 2 tahun sebab panjat tingkap. Patah 2 tulang rusuk. Ketiga, terkena renjatan eletrik ketika umur  4 tahun. Mujur mak aku sambut aku ketika tu dan dia pun pengsan sekali sebab terkena arus eletrik dari badan aku.

4. Ada parut di jari telunjuk kanan sebab terkena parang ketika mak aku nak kupas kelapa. Mak aku nak tetak parang sebab nak kupas kelapa dan aku dengan bangganya pi hulur jari kat buah kelapa tu. Nasib baik tak putus jari aku. Kalau tak tinggal 9 jari aku.

5. Lebih suka menggunakan tangga daripada lif. Lebih suka berjalan kaki sekiranya jarak mengizinkan. Baru aku sedar kelebihannya. Terima Kasih kepada Aida atas inspirasi ini.

6. Obses tentang pengambilan makanan tambahan yakni supplementary. Ikutkan hati semuanya aku nak telan, tapi bila difikirkan balik, perlu ke aku nak makan semua?

7. Dalam ahli keluarga aku, aku lah yang paling tinggi sekali. Sesiapa yang pernah jumpa aku tu, aku rasa korang mesti boleh bayangkan betapa comelnya ahli keluarga aku yang lain kan.

Aku nak tag:

1. Aida Kamsuri

2. Rama-Rama Cantik

3. Joyah

4. Cute Panda

5. Rina Ramli

6. Munira Daud

7. Eh? apa pasal aku buka blog orang lain semua duk main benda tagged ni? Madness ke ni? Sebab kurang minum air? Bulan puasa ni dah tak ada kerja agaknya kot. Ah, sudah lah. Nak mandi!

p/s: apa pasal la kamu tag aku. disebabkan kamu aku dah tak jadi misteri dan eksklusif lagi. LOL


Actions

Information

9 responses

16 09 2008
Aida

Hoh! Aku hantar kamu SMS ‘apa kes’ sebelum aku baca blog ni! Talking bout coincidence!

Kau lagi tak memperisterikan aku eh..memisterikan aku, sebab kau taruk full name aku di situ. Hoh, tidak apa, aku suka.

Actually this post is kinda lame sebab agak terserlah ‘ketadikaannya”. Well Nonoi, you know how i feel about being stereotype. Lame.

Read few blogs today, APA KES semuanya post ghopa ini?

16 09 2008
Joyah Jongos

haaa.. memang dengkis.. aku selalu kena tagged.. so aku berinspirasi untuk mengetag orang.. hoh lahai.. ekkekekekee.. aku takmo jawab kat blog aku.. ekkekeke

7 facts about me

1. Aku baik
2. Aku cute
3. Aku baran
4. Aku perasan
5. Aku tak sedo diri
6. Aku sayang diri aku
7. Semua diatas adalah tipu aje.. muahahhahaaaa

16 09 2008
duakupang

Apa? Memperisterikan awak? Dikerat lapan belas pun saya masih lagi sanggup memperisterikan awak.

Hampir semua blog yang saya jenguk semuanya berkisahkan tentang tagged ni. Tapi tak apa lah, saya mencoret atas penghargaan yang diberi oleh Cik Zaila kerana telah men ‘tag’ saya. Sebagai tanda balasan & ucapan terima kasih saya.

Kiranya saya berbesar hati dan terharu atas tanda ingatan beliau terhadap saya. Walaupun hanya sekelumit tag. Saya lebih suka berfikir begitu. Think outside the box eh?

Lagipun beliau akan melansungkan perkahwinan tak lama lagi, orang sedang berdarah manis ni kena la layan baik-baik kan. Hahaha!

Kepada yang telah saya tag, maknanya saya sentiasa mengingati anda lah tu. Kalau yang nombor wahid tu, faham faham saja lah.

16 09 2008
duakupang

@ Joyah

Tak baik tipu-tipu bulan Ramadhan ni tau… Haha
Baik email je apa fakta tu kat aku. Yang auta tu aku dah tau semua

16 09 2008
Aida

Ok Nonoi, jom kawen.

True facts about me, no shite here.

1) Kencing malam sampai usia 15 tahun
2) Suka makan garam
3) Men in glasses is my fetish
4) Pernah kena tangkap khalwat sekali
5) Proposed and engaged two times
6) Garang ?
7) Suka mengkritik dan tak kisah dikritik

Chukup?

16 09 2008
kechik

aaaawwww…. so sweet…. but the darah manis part.. itu hormon la.. *LOL*

and yea it is lame.. but like cik zainur ku said.. “Kiranya saya berbesar hati dan terharu atas tanda ingatan beliau terhadap saya. Walaupun hanya sekelumit tag”. nice wutttttttttttttttttttttttttttt……

16 09 2008
duakupang

@ Aida
Chukup lah setakat 7 untuk hari ini. Selain dari itu pun saya dah pernah baca di blog awak bukan? Semuanya menarik!

@ kechik
Eh hormone ke? nanti aku tanya akak aku. Tapi ye lah tu mungkin perumpamaan orang dulu dulu ketika kajian sains fisiologi masih belum berkembang. Ahaha!

15 12 2008
NashaAjis

sadis weh aku baca kes cheating death ko tu..

15 12 2008
duakupang

Aku buas ketika kecil dulu. Nasib baik dah dewasa ni kurang ‘buas’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: