Pasar Ramadan Mania

3 09 2008

Hari ni masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Semalam aku sempat pergi ke pasar Ramadan yang tak jauh dari pejabat aku. Dulu aku memanggilnya sebagai PARAM dari singkatan PAsar RAMadan. Kalau nak panggil BARAM yakni BAzar RAMadan pun boleh la jugak kot.

Tempatnya hanyalah sepanjang lebih kurang 300 meter kalau tak salah anggaran aku lah. Kebiasaannya, aku akan jalan dari mula sampai lah ke penghujung. Sengaja nak usha-usha apa jenis juadah yang ada dijual kat pasar tersebut.

Dari mula, sampai lah ke hujung aku berjalan sambil hujan renyai menitis. Apa yang aku nampak dan kaji, juadah ataupun makanan yang dijual pun hampir sama. Sampai aku pun tak tau mana satu nak aku pilih dan beli.

Maka aku akan senaraikan apakah juadah yang menjadi Top Five yang kebiasaannya dijual di PARAM tempat aku lalu ni. Tempat lain aku tak tau lah pulak. Mungkin kalau di Johor Bahru, aku yakin ada ramai orang jual kacang pool dan air katira. Ini pun berdasarkan pemerhatian aku di sini je.

1. Murtabak: hampir sepanjang jalan yang aku lalu boleh dikatakan ramai yang jual murtabak. Ada yang jual murtabak sahaja, ada yang gerainya jual murtabak + nasi ayam. Dan macam-macam lagi.

2. Roti John: pun hampir ramai jugak yang jual sampai aku pun tak tahu mana satu roti yang sedap. Selama ni aku beli Roti John pun inti dia telur je. Ada Roti John yang rasanya lain ke?

3. Nasi Ayam / Ayam Berempah / Ayam Dara: nasi ayam pun sampai bermacam-macam jenis. Dari ayam dara, teruna dan mak janda semuanya ada. Apa beza rasanya? Yang aku biasa makan nasi ayam Hainan? Hailam? (lupa pulak), tak pun nasi ayam The Chicken Rice Shop je.

4. Kebab: yang cuma ada kebab ayam dan kebab daging je. Kenapa tak ada yang buat kebab rusa ke, kebab arnab ke? Tak pun kebab kambing ke?

5. Air Kacang Soya: air ni memang favourite aku lah. Selalunya orang jual air soya saja ataupun sekali dengan Tau Fu Fa. Kenapa bila bulan Ramadan ramai orang jual air ni pun aku tak dapat kepastian. Waktu pasar malam biasa pun ada juga orang jual, tapi tidak lah sehebat seperti di bulan Ramadan.

Jalan punya jalan, fikir punya fikir. Akhir sekali aku buat keputusan untuk beli Nasi Beriyani dan Murtabak. Nasi Beriyani sebab ada satu gerai je yang jual dan murtabak tu aku tak pasti gerai mana satu jual yang paling sedap. Aku makan murtabaknya pun biasa-biasa je. Nasi Beriyani yang dikatakan dari Johor tu pun boleh tahan juga rasanya. Mungkin tengah lapar semuanya jadi sedap. Lain lah kalau Nasi Beriyani Gam Batu Pahat (yang aku makan kat Batu Pahat). Makan nasi nya saja pun dah sedap. Belum tambah lauk lagi.

Hari ni apa pulak yang nak dimakan ya? Hmmmm….


Actions

Information

11 responses

3 09 2008
Joyah Jongos

kalo aku.. elok la aku buat telur hancur ngan roti cicah kicap.. lagik best dari beli makanan kat PARAM dan membeli dari orang2 yg tak ikhlas meniaga.. tak sedap weh.. kataku provoke abih2.. muehehheeee.. huwaaaa.. komen susah nau la

3 09 2008
duakupang

Bukan tak ikhlas tu. Tapi macam orang meniaga, aku pun nak meniaga jugak sekali. Rebut peluang beb. Bak kata kawan aku kat kampung yang biasa meniaga ni.”kalau hari last bulan posa tu, jual selipar getah buat apam pun laku”. see?

3 09 2008
Aida

Tipuuuuuuu

4 09 2008
duakupang

Diumpamakan je. Takkan la nak jual selipar buat apam. Hoh
Punya laris kalau meniaga kat pasar Ramadan. Especially minggu terakhir Ramadan. Mungkin sebab ramai dah pulang ke kampung kot

4 09 2008
rina

pakcikkkkkkkk!!!hihihi

indunye nk minum katira ngn makan kacang pool..sodap menjilat jari..
klu de murtabak singapore pun sodap gak..mak aih..hihiii

jgn minum air soya byk2..
ntuk laki xelok..

4 09 2008
Aida

Mati pucuk dan menyebabkan erectile dysfunction kalau minum banyak sangat soya bean. Konek tidak mampu berdiri tegak

4 09 2008
duakupang

Murtabak Singapore nak kena gi kat Kampung Melayu Majidee la best! Makan sekeping pun tak habis sorang. Kena kongsi ramai-ramai.

5 09 2008
rina

bukan majidee, yg kt lido tu, de medan selere kecik tu, sebelum dange..
fuh,shedap gile..
kitorg makan ngn mak angkt die banje, tu yg sedap kot..hahahaha

8 09 2008
kechik

babe.. aku rasa.. budak utm je tau istilah PARAM ni.. innit? heheh! and yes.. that murtabak in lido… yumssssssss!!

9 09 2008
rina

pakcik oit..bape lame daaa pose ke tige…

sile mampir ke blog gwe..hihih

17 09 2008
miss shrek

nasik beriani….sedap nyer……huhuhuhuhu rindu plak nak blk kmpg….laa ni teringin nak makan nasik minyak tuan punya blog plak…hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: