Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

1 09 2008

Bersempena kedatangan bulan yang mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap. (Mohon maaf tak semestinya perlu ketika Hari Raya kan? Bila-bila pun boleh)

Pagi tadi aku bangun, lepas je selesai mandi, aku terus turun ke bawah untuk membeli suratkhabar. Berita Harian menjadi pilihan aku. Selak punya selak semuanya penuh dengan iklan pakej berbuka puasa. Kesempatan yang ada di bulan Ramadhan ini dijadikan sebagai rezeki bagi sesetengah orang.

Namun aku rasa kadang-kadang seakan satu “kegilaan” untuk restoran dan hotel hotel mengadakan pakej berbuka puasa ini. Bayar satu kepala, makan lah selagi mahu. Kalau macam aku ni memang rugi je pergi makan berbuka puasa kat situ. Sebabnya makan sikit je aku dah kenyang.

Hari pertama berpuasa, aku dah mula memikirkan mana tempat untuk aku singgah untuk berbuka atau membeli juadah berbuka. Pertama kali menyambut Ramadhan di sini aku rasa seperti mati akal. Tambahan pula hari ni adalah cuti umum sempena Hari Kebangsaan yang ke -51. Kalau hari bekerja tu, aku yakin ada pasar Ramadhan berdekatan untuk aku kunjungi.

Nasib baiklah masih ada lagi orang yang memahami kedudukan aku di sini. Aku ada kakak di sini. Aku ada abang di sini. Aku akan berbuka puasa dengan mereka semua. Sambil ditemani oleh anak saudara aku yang aku suka melihat keletahnya.

Hmmm…. Terubat juga kerinduan nak berbuka puasa di kampung. Semua adik beradik ada kecuali mak dan abah aku je. Jadi lah, bersyukur je dengan apa yang ada. Sekurang-kurangnya aku masih lagi ada mereka untuk menemani aku.đŸ™‚

Ah, apa aku melalut ni? Cukuplah, aku nak sambung menonton cerita Bilut.

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.


Actions

Information

4 responses

1 09 2008
Aida

Selamat berpuasa.

Malangnya bila tiba bula puasa, fokus utama kebanyakan orang adalah “nak buka puasa kat mana” ataupun “nak makan apa”. Sigh.

Tradisi yang sukar dipecah.

1 09 2008
duakupang

Mungkin sebab satu hari tak dapat makanan kot. Semuanya jadi terliur, tu yang bila cakap pun tentang makanan je. Takpun mungkin sebab terlampau dehydration. Hoh

1 09 2008
kechik

halu.selamat berposa.sape le ko ni sebenornye? hehe!

7 09 2008
dona

saya juga suka berbuka puasa dengan keluarga. Makanan tu tak penting kadang, just the company and hugs and kisses tu dah mengenyangkan saya. Orang panggil, soul food.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: