Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

8 09 2010

Di kesempatan yang masih ada ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog picisan aku ni. Mohon ampun serta kemaafan sekiranya pernah terkasar bahasa mahupun terkasar secara fizikal.

Akhir kata, semoga di hari lebaran nanti kesemuanya akan menikmati keindahan Aidilfitri bersama-sama keluarga mahupun orang tersayang dan semoga sejahtera selalu hendaknya.

p.s: Recycle kad 2 tahun lepas je ni😛





Age Is Not A Barrier To Happiness

7 09 2010

Aku amat bersetuju dengan kenyataan di atas.

Umur hanyalah sekadar angka yang kalau kita duk pikir manjang pun akan lagi menambahkan belenggu dalam kepala otak.

Apa pun, umur aku bertambah lagi setahun untuk hari ini. Semoga segala perancangan, impian, matlamat aku akan menjadi kenyataan dengan izin Nya. Amin

Kesempatan yang ada ni jugak aku merasa amat bersyukur, dapat dipanjangkan lagi usia untuk setahun lagi.

Tak lupa juga untuk Bro Maman, takziah diucapkan kerana ayah beliau yang tercinta telah kembali ke Rahmatullah malam tadi. Di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Semoga roh ayahmu, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin!

p.s: tajuk pinjam ayat daripada my dear🙂





Kopi Khinzir

3 09 2010

Apa menatangnya E471 ni?

Sebelum ni aku ada pernah terdengar-dengar jugak berkenaan status halal elemen E471 ni. Ada yang kata halal tapi banyak yang kata haram.

Kalau mana yang tak tau, E471 ialah emulsifier iaitu sejenis bahan tambahan dalam makanan. Ada banyak jenis makanan yang ada E471 ni seperti aiskrim, kopi & juga kopi. Sebut pasal kopi ni la pagi semalam aku nak bersahur terpandang kopi yang aku bancuh ni ada tulis E471 pada bahan-bahan dia.

Aku terus tak jadi minum, bukak Internet, Google dulu apa yang patut.

Terus la jumpa blog saudara kita ni

“Emulsifier E471

Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.

Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.

Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi “ais krim Malaysia” yang keras tu..

Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..

untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..

Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.

Fuhhh lega, terus sambung minum kopi sambil makan kuih keria 2 ketul. Lepas tu aku dah tak boleh nak tidur, maka terpaksa lah aku datang awal ke pejabat semalam.

Ada kebaikan jugak kopi E471 ni yek!

Kredit: Halal Genius






Definasi Lagu Raya

2 09 2010

Cuba berikan aku satu definasi lagu raya?

Lagu raya macam mana yang korang minat? Rentak bagaimana yang menambat hati? Irama mana yang yang menjadi siulan? Lirik puitis seperti apa yang menjadi pilihan hati?

Aku yakin kebanyakan dari umat yang ada di Malaysia ni dibesarkan & dijamu dengan irama lagu raya retro. Daripada P.Ramlee, Saloma, Fazidah Joned, Ahmad Jais, M.Nasir & Siti Nurhariza (kata Namewee).

Aku mula-mula dengar lagu ni tak sangka pulak ini adalah sebuah lagu raya. Lagunya rancak, pop & snappy jugak. Memang betul-betul membangkit mood nak pegi clubbing beraya lah. Apa pun bila didengar selalu, lama kelamaan, telinga kita akan dapat menerima jugak lagu ni.

Susunan muzik yang baik, rentak yang catchy, suara penyanyi yang mantop beb.

Sama la jugak seperti lagu raya Feminin – Kurniaan Di Hari Raya. Mula-mula dengar memang macam lagu disko je, tapi nasib baik ada sebut lirik “Selamat Berhari Raya”. Oh lagu raya sebenarnya. Baru lah aku tau

Indah nya beraya kalau dapat berjoget & terkinja-kinja macam ni kan

Puasa sudah habis, mari kita beraya oh yeahhhhh!!!!

Mungkin aku sudah terlalu tua untuk menerima lagu-lagu sebegitu. Sebab lagu raya aku dulu cuma macam ni je

p.s: Aku tertunggu-tunggu jugak kot Lady Gaga nak buat lagu Christmas ke…





Kisah Zaman Tok Kadok

2 09 2010

Kalau ikut istilah tempat aku, zaman Tok Kadok ni merujuk kepada zaman purbakala.

Yakni zaman lampau yang sudah agak lama, boleh jugak masuk dalam kategori zaman Jepun.

Tak sangka lah, setelah apa yang berlaku, sesudah melepasi tahap zaman Tok Kadok, masih ada lagi susuk yang masih lagi tidak berpuas hati dengan diri aku (mungkin?). Come on lah, benda tu dah lama pun berlalu & orang mungkin sudah lupa.

Aku pun sudah move on & cukup berbahagia dengan kehidupan sekarang. Kata orang puteh “GROW UP PLEASE!”. Jangan la masih jadi macam budak-budak lagi. Anda sendiri dah dewasa, dah besar, dah layak jadi mak pak orang pun. Tolong lah bersikap profesional & matang ok.

Sia-sia je belajar tinggi-tinggi tapi hati masih lagi banyak mempunyai persepsi negatif & selalu berprasangka burok dengan orang lain.

Ini kan bulan puasa, bulan Ramadhan, bulan mulia. Bersihkan hati tu dulu ya

Maaf sebab terpaksa lepas geram kat sini

p.s: Rasanya sebelum ni dah ada entry yang macam ni kot?





Lagi Cerita Sawang

1 09 2010

Lagi cerita sawang.

Punya la lama aku tak jenguk sini, ada di antara blog kawan-kawan dalam list aku pun turut menjadi sawang jugak.

Mungkin masing-masing ada komitmen lain yang harus di setelkan dulu

Sayang sebab aku suka membaca coretan kawan-kawan aku ni. Selain dapat update tentang kisah diorang, kisah yang ditulis pun kadang kala mencuit hati. Boleh la jadi bahan merilis tension di kala petang hari.

Setakat pemerhatian mata aku, dapat aku kumpulkan apa yang terjadi kepada blog kengkawan aku ni ha!

Spiderman ada blog tak agaknya?

1. Tukar status

Bila aku blogwalking, ada jugak kawan-kawan yang dah bertukar status. Dari single ke tunangan orang, dari bini orang dah jadi mak orang.

2. Not found

Klik punya klik, rupa-rupanya dah tak wujud pun blog yang dulu tu. Apa kes? Dah bosan membelog ke? Aku mengerti sebab aku pun macam tu jugak. Hangat taik ayam je. Tengok orang lain ada blog, kita pun teringin nak ada blog jugak

3. Sudah tukar template

Yang ini biasa lah. Aku tengok ramai jugak yang buat. Tak perlu aku bertapa pun. Ada yang tukar sebulan sekali, seminggu sekali. Yang tiap-tiap hari tukar belum jumpa lagi

4. This blog is open to invited readers only

Alamak! Apa yang sudah terjadi? Semua yang ada dalam tu dah menjadi privasi pulak ke? Apa-apa je la kan asalkan kome berbahagia.

5. Takde kemaskini lebih dari 6 bulan

Boleh rujuk nombor 2. Start daripada aku bertapa, sampai la ni aku dah merangkak menaip balik pun, blog diorang masih lagi belum ada apa-apa kemaskini. Ya, aku masih lagi mengerti.

6. Tiada lagi entry berbentuk Tagged

Thank God! Akhirnya habis jugak menatang tag-mengetag ni. Dah pupus agaknya ataupun musim dah habis? Ataupun soalan dah habis untuk di recycle?

Cukup la kot. Karang diorang nyampah kat aku pulak, tak pasal-pasal diorang buat hate page dekat Facebook.

Hahaha!





Pink Untuk Siapa?

1 09 2010

Kenapa warna pink begitu sinonim dengan perempuan?

Adakah disebabkan warna dia lembut atau sesuai dipadankan dengan fesyen?

Aku rasa sirap bandung tu boleh diminum tanpa mengira gender pun. Rasanya pun tidak lah feminin sangat

Zaman sekarang ni aku rasa pink bukanlah untuk wanita saja. Malah lelaki pun ada jugak mengenakan baju berwarna pink.

Malah ada yang lebih ganas lagi bila baju pengantin pun turut berwarna pink.

Oleh yang demikian warna pink adalah relevan untuk kaum lelaki.

p.s: Sebenarnya aku terpaksa beli housing phone berwarna pink sebab warna lain takde stok. Hampeh!








%d bloggers like this: