Selera Rimba, Sajian Ala Jawa & Banjar

11 05 2009

Alhamdulillah

Kenyang perut menjamah sajian yang enak. Landak Masak Rendang dan juga Rusa Masak Kicap. Berserta Air Kelapa Muda.

Ini entah kali ke berapa saya datang ke kedai ni. Selera Rimba, Sungai Lembing memang kedai yang agak popular sekiranya melalui jalan Sungai Panjang di Sungai Besar, Selangor. Lokasinya yang memang jauh di hulu tidak menghalang pelanggannya datang. Malah ada yang datang jauh dari Tanjung Malim untuk makan tengahari di sini.

Image157

Selain sajian-sajian eksotik, masakan di sini juga kebanyakannya bertemakan kampung. Dengan ulam-ulaman serta sambal yang bisa membuatkan kecur air liur. Antara yang digemari pengunjung di sini ialah Ayam Hutan Goreng Berempah.

Image158

Soal harga mungkin agak mahal, tetapi pada saya, sajian sebegini memang jarang didapati di bandar mahupun di tempat lain. Cuma sekiranya mahu singgah di sini untuk menikmati hidangan, seeloknya telefon dulu bagi memudahkan tukang masak menyiapkannya terlebih dahulu.

Image139

Maksudnya, tak lah bila kita sampai kat kedai tu, baru nak order masak landak, alamatnya kena menunggu lah dulu kan. Ikan yang ada di sini pun agak jarang disajikan oleh kedai lain seperti ikan Baung, ikan Sepat, ikan Tapah dan tak lupa juga Udang Galah.Image156

Cakap banyak pun tak guna. Kalau teringin, boleh call saya, InsyaAllah saya akan bawa menjamu selera di kedai tersebut. Dari pekan Sungai Besar hanya lebih kurang 25km sahaja. Lebih kurang 30 minit perjalanan. Apa salahnya sekadar nak merasa kan.

Image119

Seorang rakan kerja saya pun sanggup datang dari Banting semata-mata hendak membeli dan menikmati Ayam Hutan Goreng Berempah. Mungkin populariti kedai ini meningkat setelah di war-war kan dalam Majalah Tiga. Apa-apa pun sesiapa yang teringin menikmati sajian ala Banjar dan Jawa. Sila lah.

IMG_0083Di sini saya sertakan bersama nombor untuk dihubungi. Kalau-kalau sesiapa teringin nak makan sajian eksotik yang halal. Lain la kalau nak makan Ular Goreng Berempah ke, Tenggiling Goreng Lada ataupun Beruang Masak Kicap.

Itu aku sendiri tak tau mana kedai nak pergi :lol:

About these ads

Actions

Information

24 responses

11 05 2009
mama

biawak salah masak lemak cili apa ada??? ekekeke…

Hishhh…meghaban je kan???

Nt kalo mama balik kg…ko bwk mama gi tmpt ni ek??? bleh kan???

Dh lame tk makan landak….

11 05 2009
duakupang

Biawak Masak Tempoyak lah sedap mama

Mama datang sini, InsyaAllah saya boleh bawak ke kedai makan tu, tapi kena belanja la

Mahal tuuuuu… Huhuhuhu :oops:

11 05 2009
Okliz

ayam hutan goreng berempah???? he3 sedap ke???

ular goreng berempah???? wah lucu bangat deh itu anak…. kekekkeeee

11 05 2009
Mohd Mazri Bin Md Yassin

huihhh telor goreng mate lembu mak aku goreng…perhhhh tak boleh tahan.. 2 tak cukup mesti nak 4 , nasib baik petang dah berbasikal join kelab…kalau tidak bulat macam ikan buntal aku. tu pun makan ngan kicap ajer…

mak aku citer dulu dia pernah makan nasik ngan garam ajer..rase dia kalah ikan baung masak tempoyak tu..gilerlah… :P

11 05 2009
duakupang

Masakan ibu memang lah semuanya sedap & ada keistimewaan masing-masing :)
Kedai mana pun tak boleh lawan

12 05 2009
Tasha

sedap nya jeno.
uish terliur mlm2 ni

12 05 2009
Tepung

aku teringin nak makan sup tulang gajah, agak2 ada dalam menu?

12 05 2009
duakupang

Yang tu takde la, kalau Sup Anu Gajah ada la, best siot!

12 05 2009
cutecda

lapo teman tgk blog nemo ni aihhh..nt blk kampung nak singgah makan kat sini le….nt tunjukkan jalan ek nemo hehehehe

12 05 2009
duakupang

No problem, just call me
Make sure saya ada la dulu, kalau saya takde, tanggung sendiri ler

12 05 2009
kek_lapis nyaman

landak tiga rasa ada x??

12 05 2009
duakupang

Cakap je nak masak apa, diorang boleh buat kot. Heh

12 05 2009
chinta

saya nak cuba!
landak sedap oooooooo

12 05 2009
duakupang

Harus dicuba, sudah cuba pasti mahu lagi :)

12 05 2009
lat

dap kew daging landak nemo?..tingin lak nk rase,nti nemo lanje ek!.kecor air lio nengok ayam hutan goweng berempah..nyam2…smuo sodap lah..tah bilo la den dapek moraso nyo…

14 10 2009
rogerandout

err..boleh ke makan landak?
tak penah denga pn

30 12 2009
14 02 2010
Agus Pramono

mohon info lebih lanjut tentang cara penyajian menu

24 03 2010
yati

koooooooooni …blh la makan landak tu uuuuuu.asal la x tahu ,orang melayu la…benda diharamkan mkn nak makan plk………plik mansia niiiiiiiiii

28 03 2010
duakupang

Landak tu kan agak pelik sikit, sebab tu ada yang tak tau samada ia boleh dimakan atau tidak. Kalau haram dimakan takkan lah ada orang jual pulak ye tak

9 08 2010
Pakde

Salam,
Itulah dilahirkan dibandar sampai tak tahu landak tu boleh makan, KFC MCD semua tu tahu kami kat kampong banyak benda boleh makan lagi sedap

25 03 2012
bejol

sup kaki gajah……perhhh….sedap gila bro..

3 04 2014
4 04 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: