Layan Gambar Dulu

28 04 2009

Aku kesibukan

Semalam aku menjadi presenter untuk taklimat

Hari ini disambung pula dengan meeting

Esok aku ke Proton City, Tanjung Malim

Ada program yang perlu aku hadiri

Jumaat cuti Hari Pekerja, disambung hingga ke Selasa

Aku mahu pulang ke kampung halaman

D'Muara Marine Resort di Sungai Besar, tempat aku berkursus

D'Muara Marine Resort di Sungai Besar, tempat aku berkursus

Aku tak sempat nak bergambar lebih-lebih kerana jadual kursus yang padat

Siang padat dengan kursus, bila malam pula hari sudah kegelapan

Gambar aku sudah semestinya tiada :lol:

Ketika air laut pasang petang, aku snap gambar dari tempat makan

Ketika air laut pasang petang, aku snap gambar dari tempat makan

Ini adalah lawatan aku yang pertama ke tempat ini setelah 4 bulan di Sungai Besar

Baru aku tau bahawa tempat ini nyaman sekali untuk lepak-lepak di waktu petang

Terletak lebih kurang 5km sahaja dari Pekan Sungai Besar

Bilik aku, pandangan dari koridor luar

Bilik aku, pandangan dari koridor luar

Terletak berhampiran di muara Sungai Haji Dorani

Ikan-ikan segar boleh didapati di sini di jeti berhampiran resort

Tidak lupa juga dengan Mentarang, pernah makan ke Mentarang???

Pandangan koridor sebelah kiri, di hadapan pintu bilik

Pandangan koridor sebelah kiri, di hadapan pintu bilik

Tadi pun pengalaman pertama aku makan Mentarang

Di sini Mentarang di jual berleluasa

Ia adalah spesis kerang, lala dan sewaktu dengannya

Snap dari dalam bilik, di beranda itu adalah bukan aku

Snap dari dalam bilik, di beranda itu bukan aku

Nyaman sekali menginap di sini

Terasa syahdu sebentar diulit oleh angin laut yang masuk melalui tingkap

Penat lelah hilang begitu saja

Nak mandi laut? Terjun saja ikut tingkap

Nak mandi laut? Terjun saja ikut tingkap

Teringin mandi laut di sini?

Batalkan saja niat kerana pantainya disaluti lumpur sahaja

Terjun dari tingkap pula berkemungkinan patah kaki atau pecah kepala

Dasarnya berbatuan dan keras

Namun begitu aku tetap menghargai keindahan serta kedamaian di sini


Actions

Information

13 responses

29 04 2009
Reen

Lawanya resort tu…nice view!
Mentarang? Sedap tak makan?pestime dgr. Kalo memerang pernah la dgr :-P ekekeke

29 04 2009
duakupang

Next time kita buat trip makan memerang lak ok :lol:

29 04 2009
kek_lapis nyaman

damai je aku tgok tmpt tu…gmbr tuan blog bila nk publish??sy nk tgok..hahahah..”nk berkenalan bole?”…gagagagagag

29 04 2009
duakupang

Tak boleh sebab tuan blog fotogedik

29 04 2009
j M

dulu aku penah nk bercuti kt sini..tapi atas sbb xde bilik kosong time tu aku lupekan je.. dr pembacaan aku tmpt ni mmg best tuk releks kan minda.. dan bile tgk ko tulis kt n3 ni lg berkobar2 lak nk bermalam di sane.. (eh..pezal skema lak penulisan aku nih)…

mentarang adelah peberet ku.. kalo rebus mabeles siot cicah dgn air asam.. sepanjang perjalanan balik kg mmg bersepah la org jual mentarang tp aku idok le nyinggah sbb faktor2 keselamatan sbb nye die di jual di bahu2 jalan.. (eh apsal skema gak nih.. )

29 04 2009
duakupang

Apa salahnya datang sini bercuti. Boleh aku entertain ko. Hehehe
Selain mentarang yang banyak dijual di tepi jalan sekarang ialah buah mangga madu

29 04 2009
mama

bestnyeerrrrrrrrr………nak balek kamponggggggggggggggggg

29 04 2009
duakupang

Bila nak balik sini? Lupa daratan mama ni. Ahahaha!

29 04 2009
Okliz

cam bes je tmpt ni… leh jgk rilek2 ujung minggu…mahal tak nemo kos penginapan kat sini????

29 04 2009
duakupang

Alamak tak sure pulak berapa kosnya, tapi rasanya standard Seri Malaysia je kot

29 04 2009
ima

salam singgah encik zainur! :)

lawak je ayat kat entry ni.. hehe!
tp mmg teruja la tgk tmpt kursus awk ni encik.. water chalet yg best tuh! rasa nak sama2 berkobar g holiday dgn JM plak.. jom JM jommm!! :D

p/s sejak majalah 3 citer pasal mentarang, sy dok mengidam nak makan/carik mentarang kat sekinchan.. tp akhirnya merasa makan mentarang masak cili kat kuala perlis. jauh kan? hehe!

29 04 2009
duakupang

Salam… salam.. Terima Kasih atas persinggahan
Punya la jauh makan mentarang kat sini banyak orang jual, kalo nak kirim saya boleh belikan
Ahahaha!

30 04 2009
j M

kalau kiteorg g sane nnt zeno ko kene eterten kiteorg ok…

jommm u ollssssss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: