Haram?
Sekadar untuk dikongsi bersama kerana pada aku perkara ni berleluasa di kalangan kita. Mungkin antara kita pun masih tak tahu atau tidak diberikan penerangan berkenaan tentang hal ini.
Marilah kita sama-sama merenung ulasan daripada Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Fail PDF boleh di muat turun di sini:
http://www.ziddu.com/download/4278564/inaidancukurjambul.pdf.html
p.s: kredit kepada blog ISUHANGAT


I see…seb baik i ni jenis x suka berinai
tingin nk tgk vid tu tp x leh buka pun…huhuhu
Bukan video lah, itu fail PDF untuk dibaca
cukur jambul??? Dlm Islam..mane ada cukur jambul..kalo cukur rambut..ada la..pas 7 ari dilahirkan…kite buat aqiqah…rambut baby tu timbang…….dan sterusnye…carikla info sndiri…
Kalo jambol…jambol jefri din tu buleh arr…kui3
Soriiiiiii
Memang lah bukan cukur jambul, tapi rambut
Dah baca ke attachment yang diberikan tu?
Baca dulu ok
Owh ye ke…ingatkan vid…ekeke
tp still x leh buka. Ermm nevermind,later i baca k…;-) neway thanks sudi share info ni…sharing is caring rite:-)
ukir inai tu mmg xboleh. yang itu aku tahu.
cukur jambul tu tak penah tahu.
mungkin itu adat tradisi org melayu. so org terbiasa.
aku baru plan nak ukir inai..hahahahah…
Assalamualaikum..
Di sini saya ingin berkongsi tentang keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu di atas seperti di bawah. Hukum – hukum yang tepat berhuhung dengan pelbagai isu boleh dirujuk di laman web di bawah:
http://www.e-fatwa.gov.my
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
4.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua berhubung isu ini..TQ ..:..Wallahualam..