Taiping Mari Tarak Sombong

17 12 2009

Bulan ni banyak sungguh jemputan kahwin. Tak cukup kaki aku nak pergi semua

Pergi pun mana yang dekat-dekat ataupun saudara mara je.

Ini pengantin Anuar & Amira yang aku ikut tag along shoot kenduri kahwin beliau di Taiping

Selamat pengantin baru. Jangan tanya turn aku bila lagi :lol:





The Golf Balls & The Sand In Your Life

7 12 2009


The Mayonnaise Jar

When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things – family,
children, health, Friends, and Favorite passions
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full..

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else –The small stuff.

‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So…

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

‘Take care of the golf balls first –
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled..
‘I’m glad you asked’.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a friend.’

Please share this with other “Golf Balls”
I just did……

*kopipasta dari emel





Di Sebalik Tabir: Nur Atira

3 12 2009

Tujuan aku menulis cerita ni hanyalah sekadar untuk berkongsi bersama. Selain menginsafi diri untuk seketika bagi diri kita ni yang kadang-kadang terleka & alpa :)

Kalau mana yang dah maklum, sehari sebelum umat Islam Malaysia menyambut Aidiladha, akhbar Sinar Harian edisi Selangor / KL ada memuatkan artikel berkenaan kehidupan anak yatim piatu yang bertambah baik setelah hebahan tentangnya dibuat.

Artikel berkenaan ada la jugak gambar aku di atas penglibatan company aku dalam program khidmat kemasyarakatan untuk penduduk setempat. Dalam konteks aku ini, penglibatan aku hanyalah di kawasan Sungai Besar / Sabak Bernam sahaja.

Kalau nak tengok ada di SINI. Aku tak sempat lagi nak scan keratan akhbar tersebut.

Di sini aku ceritakan sedikit latarbelakang anak yatim piatu tersebut. Keluarga tersebut terdiri daripada 5 orang adik-beradik. Cuma artikel tersebut memberi penekanan kepada anak perempuan dalam keluarga tersebut yang bernama Nur Atira. Nur Atira ni baru berumur 18 tahun. Terpaksa mengorbankan persekolahannya kerana nak menjaga adik-adiknya yang masih kecil setelah kematian ibu bapa mereka.

Untuk pengetahuan, adik-adik beliau yang masih kecil itu cuma adik beradik tiri yang berlainan bapa. Betapa prihatin dan kasihnya seorang kakak yang sanggup berkorban persekolahannya demi nak menjaga adik walaupun berlainan bapa.

Abangnya yang sulung bersekolah tingkatan 6 di Bagan Datok dan tinggal di asrama. Jadi segala bebanan serta tanggungan berada di bahu Nur Atira.

Pertama sekali aku meninjau rumahnya, keadaan rumahnya ok saja. Nak dikatakan teruk & daif pun tidak juga. Cuma bahagian dinding saja ada yang dah reput sedikit. Keadaan dalam rumah kemas & bersapu bersih. Aku impress la jugak sebab pada pengalaman aku, aku pernah pergi ke rumah yang keadaan nya lagi teruk daripada ini. Berbanding dengan rumah yang lain, keadaan rumah Nur Atira ni lebih terurus.

Cuma masalahnya di sini setelah ketiadaan ibu & bapanya, mereka kehilangan tonggak keluarga. Yang ada pun cuma atuk & nenek yang sudah uzur.

Setelah tinjauan dibuat, kami memutuskan untuk menghulur sedikit pertolongan sekadar apa yang termampu & termaktub dalam polisi syarikat kami. Maka diputuskan untuk dilakukan kerja-kerja pembaikan kepada rumah tempat berteduh bagi keluarga tersebut.

Tampal dinding

Kerja-kerja pun dimulakan setelah pesanan barang-barang sampai. Melibatkan tenaga kerja yang terdiri daripada pelatih-pelatih pusat latihan aku. Manakala mastermindnya pula ialah Encik Masri yang berpengalaman sebagai tukang rumah.

Langit membiru. Ironik

Yang biru itu adalah langit-langit yang dijahit sendiri oleh arwah ibu mereka. Baru aku tau bahawa arwah ibu mereka ni sangat handy orangnya. Boleh menjahit, bertukang kayu serta boleh membaiki barangan elektronik. Aku dimaklumkan bahawa bahagian depan rumah tersebut ditukang sendiri oleh arwah ibu mereka. Selain itu, arwah juga membuat kerja-kerja sampingan seperti memungut buah sawit. Kagum aku dengan semangat yang ditunjukkan oleh arwah ibu mereka demi nak mencari sesuap nasi.

Undercoating dalam proses

Segala perbelanjaan makan & minum petugas adalah ditanggung beres. Selama 3 minggu kerja-kerja dijalankan di rumah tersebut, Nur Atira terpaksa bermalam di rumah makciknya. Maklum la, rumah dah takde dinding nak tidur macam mana kan? Lagipun lantai rumah dah habis kotor masa kerja-kerja pemunggahan barang.

Dinding luar. Siap!

Bila kerja-kerja dah mencapai 90%, aku pun cuba la menghubungi reporter Sinar Harian supaya kerja khidmat masyarakat ini mendapat liputan serba sedikit. Bukan untuk aku, cuma nak bagi company aku dikenali lagi. Seterusnya dapat lah sedikit mileage untuk bersaing dengan lambakan institusi kemahiran yang lain. Macam-macam ada kat sini, dari Politeknik hingga lah ke Kolej Komuniti. Jadi kalau tak dikenali ramai, amat susah nak survive di kemudian hari.

Dinding sebelum undercoating

Maka setelah ditemubual secara ringkas, ambik gambar lebih kurang. Sehari sebelum raya, artikel berkaitan diterbitkan. Terima Kasih kepada Cik Normi atas kerjasama beliau memberikan liputan. Sebelum ni pun kisah Nur Atira ini pun pernah dipaparkan dalam Bersamamu TV3 bersama-sama dengan kehadiran Ahli Parlimen Sungai Besar iaitu Puan Noriah Kasnon merangkap Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.

Harapan aku semoga kerja-kerja yang tak seberapa ni dapat lah memberikan sesuatu kepada keluarga tersebut. Di samping itu dapat la sedikit menyedarkan diri kita yang sering leka ni. Maklum la dengan wang ringgit & kesenangan yang kita ada, kita cepat lupa. Ada lagi orang yang hidupnya lagi susah daripada kita. ;)





Raya Qurban? Sup Tulang Please!!!

1 12 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Eh dah lepas rupanya, tapi apa salahnya aku nak ucap lagi kan. Aku punya suka lah.

Seperti biasa, sambutan Aidiladha di tempat ku tidak lah semeriah seperti sambutan Aidilfitri.

Dan seperti biasa jugak, mak aku mesti akan buat sup tulang. Tulang daripada daging korban aku rasa

Sebabnya tiap-tiap tahun menu yang sama je.

Tahun-tahun sebelumya aku tak ambik pot sangat, tapi tahun ni aku menanyakan soalan ni pada mak aku

“Mak, kenapa asal raja aji je, asyik buat sup tulang je?”

“Ha’ah kan. Ye tak ye jugak”

“Selain dari sup, apa lagi yang boleh buat mak dengan tulang-tulang ni?”

“Boleh jugak kalau nak buat masakĀ  kari kot”

“Hmmmm…. ye lah”

Aku nak tengok tahun depan punya raya adakah akan ada masakan kari nya. :lol:

Yang kelakarnya korban kat kampung aku, part ekor lembu takde sapa nak ambik sebab kulitnya belum disiat lagi.

Ishh… apasal lah abah aku tak ambik je ekor tu? Balik rumah boleh la kami siat je kulit tu. Bukan susah mana pun.

Buat sup ekor baru lah mantap kan

Ini balik-balik sup tulang je.

Tekat benang emas. Tahu ke?

Hari terakhir aku di kampung, ada peluang sekejap menghantar mak aku pergi bekerja.

Ya, bekerja!

Mak aku terlibat dalam mengajar peserta dalam kursus sulaman tekat benang emas.

Apa ke bendanya menatang tekat benang emas ni? Kalau tak pasti, sila lihat pada bekas tepak sirih yang selalunya berwarna merah / biru tu. Sulaman benang emas tu la yang dipanggil Seni Tekat.

Amat popular di negeri Perak dan harganya amat mahal. Boleh mencecah hingga ribuan RM bergantung kepada jenis sulaman & produk.

Kebiasaannya sulaman ni orang buat pada bekas tepak sirih, kipas pengantin, sarung bantal serta cadar untuk pengantin.

Contoh gambar & artikel seperti di SINI.

Daripada artikel tu, otai sulaman benang emas tu ialah Puan Azizah Yusuf. Mak aku pun asalnya belajar daripada orang ini yang aku lebih selesa memanggilnya Mak Zah.

Sekarang Mak Zah minta mak aku membantu kerja-kerja mengajar memandangkan penglibatan peserta yang agak ramai.

Hantar mak aku, sampai je kat kelas dia tu, aku tengok semua pesertanya perempuan aje. Yang mak aku ni beria-ria la duk mengajak aku & abang aku masuk tengok-tengok dalam kelas apa yang ada.

Lawaknya, aku & abang jadi malu-malu alim taik kucing sebab tengok semua perempuan kat kelas tu :lol:

Maka, tak jadi la aku nak masuk dalam kelas tu.

Lagipun mak aku cakap kali ni pesertanya semuanya budak-budak muda. Pada aku bagus lah sebab ini kan warisan Melayu. Kalau takde orang muda yang nak belajar nanti, pupus la pulak seni kraftangan ni.

Sambil-sambil menunggu mak aku pergi punch card, aku usha-usha sekeliling Perak Riverside Resort yang sebelum ni dikenali dengan Perak Safari Resort. Mungkin dah tukar nama lepas diambil alih oleh pengurusan baru agaknya. Ntah apa yang safari nya aku pun tak tau. :lol:

Bas yang ada Wifi

Kebetulan di resort tersebut ada penggambaran program terbitan Astro. Antara artis yang terlibat, Afdlin Shauki, Nabil & Harun Salim Bachik. Resort tersebut juga menjadi tempat penginapan krew yang terlibat. Disebabkan awal pagi, maka shooting belum mula lagi. Jadinya aku tak nampak sorang pun batang hidung artis kat situ.

Yang ada cuma bas pengangkutan mereka saja.

Cuma bila aku dah nak bergerak balik baru nampak Harun Salim Bachik berjalan ke arah bas. Apa? My Spy? :lol:

Setakat tu je la Aidiladha aku. Takde apa yang meriah sangat pun. Raya pun macam tak raya je.

Apa lah kan.





Air Buah Gelas Besar

1 12 2009

Air buah gelas besar?

Ini nama restoran di pekan Sungai Besar yang direct to the point

Masuk je kedai ni, takde choice nak air buah gelas kecik.

Semuanya kena minum air buah gelas besar

Air buah saja ok. Air teh ke, kopi ke, Milo ke ada gelas kecik

Walaupun begitu, harganya berpatutan & affordable lah. Menu & makanannya agak sedap juga

Siapa biasa lalu jalan Sungai Besar – Sabak Bernam, lokasi restoran di terletak di sebelah kiri selepas traffic light pertama Sungai Besar. Satu row dengan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berbaloi-baloi minum sampai nak pecah usus. :twisted: